SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Februari 2014

PENJAWAT AWAM PERLU JADI PE,ACU PERUBAHAN - KP PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
27/2/2014




 SUNGAI PETANI, 27 Feb (Bernama) -- Penjawat awam di negara ini perlu memainkan peranan sebagai pemacu perubahan atau 'change agent' dalam usaha menjayakan agenda transformasi negara.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sektor perkhidmatan awam Malaysia tidak terkecuali daripada arus transformasi malah 1.4 juta penjawat awam yang ada merupakan nadi penggerak dan tiang seri pembinaan negara bangsa.

Beliau berkata mereka akan membawa obor transformasi bagi meneraju dan merealitikan iltizam itu.

"Dalam konteks Merakyatkan Perkhidmatan Awam, penjawat awam perlu menjadi 'thinkers', 'planners' dan 'implementers' menerusi enam prinsip utama iaitu keterbukaan, turun padang, musyawarah, insaniah, kekitaan dan kerjasama awam-swasta-NGO (badan bukan kerajaan).

"Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam ini hendaklah sentiasa didakap erat dan dipugar sepanjang masa menerusi tindakan kita dalam pelaksanaan tugasan seharian," ucapnya dalam Perasmian Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Leadership Development Park (iLead-Park), di Intan Kampus Wilayah Utara, di sini Khamis.

Sementara itu, Mohamad Zabidi berharap iLead-Park dapat dimanfaatkan secara bersama oleh semua pihak dalam menjadikan Intan sebagai pusat kecemerlangan.

"Peranan iLead-Park perlu diperluas bagi melahirkan penjawat awam yang berilmu, berkemahiran, berhemah tinggi, beradab, berbudaya dan responsif, bukan sahaja dalam kalangan agensi tertentu bahkan mesti diperluas kepada agensi lain secara kreatif dan inovatif.

"Selaras dengan aspirasi memacu transformasi melalui pembelajaran, saya yakin pembinaan iLead-Park ini merupakan satu pendekatan baharu dalam mengenal pasti dan membangunkan kompetensi kepimpinan pasukan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap," katanya.

Beliau berkata ia seterusnya melahirkan generasi baharu perkhidmatan awam yang bukan sahaja bertindak sebagai ketua yang hebat bahkan berupaya menjadi pemimpin kepada pasukan transformatif.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sikap paling buruk segelintir PA:
1. terlampau malas berusaha,
2. angan2 seluas lautan,
3. tak pandai pun mengaku pandai dan handal,
4. suka mengkritik dan memfitnah org lain tapi buta ttg kelemahan dirinya,
5. mau gaji dan gred sama dgn.yg berpendidikan tinggi dan berpengalaman,
6. zahir ttg tugas/skim jawatan hingga sanggup mengatakan pihak lain tak tahu buat kerja.
7. berprestasi rendah tapi nak spya gaji dan gred dinaikkan 2 hingga 3 kali setahun,
8. biar mati action asalkan tidak mati accident(glamour wpun hutang sekeliling pinggang)
- inilah mentaliti org kita....

Tanpa Nama berkata...

selagi perkhidmatan awam mempunyai polisi yang ada sekarang ni yang membela penjawat awam yang besar kepala, naik lemak dan sewaktu dengannya, jangan harap la mereka ni nak memacu perubahan.

golongan yang tak boleh pakai ni tak kira la dari pelaksana mahupun p&p ni harus dibersihkan terlebih dahulu. polisi perkhidmatan awam juga perlu dipinda supaya boleh membersihkan golongan sebegini.

dulu masa nak diperkenalkan exit policy, ditentang habisan oleh cuepacs. lepastu sekarang ni heboh pulak suruh penjawat awam memacu perubahan. nak berubah camana kalau dalam perkhidmatan awam masih ramai golongan besar kepala, bodoh sombong yang masih lagi berlegar-legar dalam organisasi?

Tanpa Nama berkata...

kosong

Tanpa Nama berkata...

kalau topik macam ni yang suruh penjawat awam bekerja, komennya sangat sedikit!

bila ada topik bab GAJI, ELAUN, RUMAH, TANAH, HARTA DUNIA, tengok la berduyun-duyun komen sampai mencecah ratus.

inilah dia mentaliti penjawat awam di malaysia!

Tanpa Nama berkata...

nak berubah cam na... claim pindah dgn jpn diperam dan diputarbelit oleh sang kerani2 je..dah berbulan2..x begerak pun.. setuju sgt dgn ulasan no 1 tu

Tanpa Nama berkata...

betul la semua tu...