SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 November 2014

JANGAN TUNGGU RAKYAT MINTA BANTUAN, KATA KSN KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
15/11/2014



SUNGAI BESAR, 15 Nov (Bernama) -- Jabatan dan agensi kerajaan perlu mencari dan memberi perkhidmatan serta bantuan kepada rakyat dan bukan hanya menunggu rakyat meminta bantuan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Mereka perlu mengambil langkah proaktif dengan memperbanyak program turun padang bersama masyarakat agar perkhidmatan dan bantuan daripada kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasaran dengan lebih cepat.

"Penjawat awam tidak mengira jawatan atau pangkat perlu sanggup meluangkan masa dan mengorbankan keselesaan bekerja di pejabat untuk pergi berjumpa orang ramai di kampung dan bandar kecil untuk memberi perkhidmatan kepada mereka.

"Seperti contoh kita jangan terlalu berharap orang yang memerlukan bantuan akan sendiri pergi ke mana-mana jabatan kebajikan, kita sebagai petugas perlu turun padang mencari maklumat individu yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Sri Bernam di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Ismail Ahmad.

Dalam program itu, 533 warga emas di sekitar kawasan itu memperoleh lesen motosikal masing-masing.

-- BERNAMA

1 ulasan:

Unknown berkata...

"JANGAN TUNGGU PENJAWAT AWAM MINTA SEDEKAH ATAU BANTUAN, KATA PENJAWAT AWAM KEPADA YANG SEPATUTNYA"

PENJAWAT AWAM, 12 DIS 2014. Pihak KERAJAAN atau JPA atau CUEPACS perlu mencari dan memberi perkhidmatan serta bantuan PENJAWAT AWAM dan bukan hanya menunggu PENJAWAT AWAM meminta bantuan atau perhatian, kata PENJAWAT AWAM.
Mereka perlu mengambil langkah proaktif dengan memperbanyak program turun padang bersama PENJAWAT AWAM agar BANTUAN dan PERHATIAN daripada kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasaran dengan lebih cepat.
"PIHAK KERAJAAN, JPA dan CUEPACS tidak mengira jawatan atau pangkat perlu sanggup meluangkan masa dan mengorbankan keselesaan bekerja di pejabat untuk pergi berjumpa PENJAWAT AWAM di kampung dan bandar kecil untuk memberi BANTUAN dan PERHATIAN kepada mereka.
"Seperti contoh kita jangan terlalu berharap orang yang memerlukan bantuan akan sendiri pergi ke mana-mana jabatan kebajikan, kita sebagai petugas perlu turun padang mencari maklumat GOLONGAN yang mana memerlukan bantuan, selami tugas-tugas mereka sehingga ke akar umbi."