SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2016

CUEPACS CADANGAN WUJUD KEMUDAHAN GIMNASIUM DI PEJABAT KERAJAAN

KOSMO
05/11/2016 3:05pm






KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan kemudahan gimnasium mini di setiap pejabat kerajaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat khususnya penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kemudahan gimnasium mini itu memberi motivasi untuk penjawat awam terlibat bersenam bagi mendapatkan berat badan ideal sekali gus meningkatkan tahap kesihatan mereka.
"Saya percaya peruntukan untuk membina gimnasium mini tidak besar. Buat permulaan kita cadangkan agar kemudahan itu diwujudkan di pejabat-pejabat kerajaan terpilih yang mempunyai ramai kakitangan.
"Pembinaannya mungkin boleh menggunakan sedikit daripada peruntukan RM930 juta yang telah diperolehi Kementerian Belia dan Sukan dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE


3 ulasan:

azmaar berkata...

banyak lagi perkara yang patut difikirkan qpac untuk kebajikan kakitangan kerajaan

phui phui phui

Unknown berkata...

wahhh..baru dapat kerajaan yang betul betul memikirkan tentang warga penjawat awam.i really support this.tetapi betulkah kerajaan sanggup memberi modal?

kereta sewa kuching berkata...

WAYANG LAGI..